Tuesday, August 3, 2010

PERLANTIKAN DG41


Alhamdulillah, semalam dah dapat surat tawaran perlantikan DG41, tetapi belum isi lagi bermacam-macam borang jawapan termasuk tapisan keselamatan. Dengar khabar rakan-rakan lain yang sama-sama belajar pun dah dapat surat tawaran. Tahniah untuk semua. Penat lelah belajar siang malam dapat juga jadi graduan tua. Walaupun susah, mencabar dan penat tapi SERONOK! Teringat kenangan kena marah  dan hentam masa presentation. Pukul 3 pagi masih kat N24 buat power point untuk presentation bersama Rahimah, Yati, Dan Zul.Pensyarah berjasa juga tidak dilupakan, Dr. Yusof, Dr.Anuar, Prof. Zaiton, Dr. Rahim, Mama Jah, En.Hassan Hushin, Dr. Muz, PM Zaidatun, Dr. Azlina dll... JASA KALIAN TIDAK DULUPAKAN. Buat suami tercinta, terima kasih kerana mengizinkan dan bersabar sepanjang ana mengikuti pengajian. Berkat doa dari abang, maka Allah permudahkan segala urusan. SYUKUR PADA MU YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment