Wednesday, August 25, 2010

Sambut Ramadhan dan Raya

Salam buat semua sahabat di mana saja berada. Hari ini dah genap 15 hari kita puasa. Mudah-mudahan dipanjangkan umur oleh Allah untuk menyambut hari raya.

Tahun ini, Nak berhariraya risaukan anak-anak didik yang nak ambil peperiksaan UPSR. Takut mereka beraya lupa semua ilmu yang diajar guru. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan dikurnia kejayaan sebagaimana yang diharapkan.

Tuesday, August 3, 2010

RINDU ANAK-ANAK

Alhamdulillah anak-anak ku dah berjaya melanjutkan pelajaran mengikut bidang dan tempat yang mereka pilih, tapi aku pula yang mula kesunyian, tinggal anak bongsuku Imran saja di rumah. Kaklong dari Ireland dah pegi ke Pulau Pinang , Kak Teh pula terbang ke Jordan, Kakngah , Aiman , Ikram dan Ijah semuanya belajar jauh....... Kesian mak dan abah. Tapi tak apa, demi kejayaan anak-anak, mak dan abah berkorban , mudah-mudahan kita dapat berkumpul semula. Hari Raya ini dah tentu tak dapat bersama semuanya kerana Kak Teh tak dapat balik.

PERLANTIKAN DG41


Alhamdulillah, semalam dah dapat surat tawaran perlantikan DG41, tetapi belum isi lagi bermacam-macam borang jawapan termasuk tapisan keselamatan. Dengar khabar rakan-rakan lain yang sama-sama belajar pun dah dapat surat tawaran. Tahniah untuk semua. Penat lelah belajar siang malam dapat juga jadi graduan tua. Walaupun susah, mencabar dan penat tapi SERONOK! Teringat kenangan kena marah  dan hentam masa presentation. Pukul 3 pagi masih kat N24 buat power point untuk presentation bersama Rahimah, Yati, Dan Zul.Pensyarah berjasa juga tidak dilupakan, Dr. Yusof, Dr.Anuar, Prof. Zaiton, Dr. Rahim, Mama Jah, En.Hassan Hushin, Dr. Muz, PM Zaidatun, Dr. Azlina dll... JASA KALIAN TIDAK DULUPAKAN. Buat suami tercinta, terima kasih kerana mengizinkan dan bersabar sepanjang ana mengikuti pengajian. Berkat doa dari abang, maka Allah permudahkan segala urusan. SYUKUR PADA MU YA ALLAH.